SUKIPT 2014

0 comments

Assalammualaikum..
Apa khabar kepada semua pembaca blog? 
Di harapkan semuanya sihat kerana sekarang musim panas . Banyakkan minum air kosong setiap hari.
Pada bulan Februari ini, alia sibuk dengan aktiviti sukan. Sukan paling besar tahun ini  untuk pelajar adalah SUKIPT. Tahun 2014 adalah tahun kedua untuk penganjuran SUKIPT. SUKIPT akan diadakan setiap 2 tahun sekali oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

                                                                                                   Maskot SUKIPT
  
Sukan yang terlibat

Tanggal 3 Februari 2014, UITM telah terpilih untuk menjadi tuan rumah bagi Majlis Perasmian SUKIPT 2014. Majlis ini di sempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin b. Hj. Mohd Yassin.

                                   YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin b. Hj. Mohd Yassin

Sebanyak 104 kontigen , 8,000 atlet, 2,500 pegawai serta 1,500 sukarelawan terlibat dalam acara gilang gemilang ini.

Kejohanan kali ini, Pusat Sukan UKM telah melantik alia sebagai pengurus Bola Tampar Pantai Wanita UKM ke kejohanan ini. Hanya 2 orang pemain sahaja alia kena uruskan dalam kejohanan ini. Coach alia seperti biasalah Encik Razak aka Coach Razak. Pengalaman beliau sangat berharga buat kami Team UKM. 

                                                  
Jika anda ingin mendapatkan maklumat terkini SUKIPT 2014 bolehlah melayari www.sukipt.com @ #sukipt2014 .

Majulah sukan negara. Marilah kita sama sama menaikkan mutu sukan di negara kita. Sekian.

                                                       NOR ARLIANA BAKAR