Melakar Sejarah

0 comments
Alhamdullillah syukur tidak terhingg , akhirnya Program Malaysia Book Of Record Senam Satu Malaysia 36 Jam Tanpa Henti melabuhkan tirai pada 6 Oktober 2013 jam 10.00 Malam di DECTAR UKM. Akhirnya persiapan yang dibuat selama 6 bulan berjaya dengan penuh gemilang. Walaupun sebelum ini, hanya dengan kertas kosong sahaja, bak kata orang angan angan mak jenin, tetapi my bos iaitu Kak Umi mampu merealisasikan impiannya untuk menjadikan Senam Satu Malaysia di masukkan ke dalam MBOR. Segala cabaran kami tempuhi bertiga untuk ke arah MBOR. Penat jerih selama ini berbayar dengan dapat mengumpulkan seramai 2500 orang peserta. 

Banyak dugaan kami untuk mencapai rekod ini. Hanya orang yang dekat dengan kami yang tahu bagaimana kami bekerja untuk menjadikan Program ini sehebat program lain. Now, dengan kemampuan seorang Pegawai wanita, beliau telah berjaya dengan jayanya untuk menaikkan nama UKM dan Pusat. Kecik bukan sebarang kecik tetapi kecik berisi. Dengan tercatatnya Rekod Malaysia Book Of Records , Senam Satu Malaysia 36 jam Tanpa Henti maka di sini pentingnya kerjasama di antara satu sama lain. Kerjasama di antara satu sama lain membuahkan hasil. Tahun ini amat bermakna buat alia, banyak yang alia pelajari selain dari kursus yang kami anjurkan. 

Alia bangga dengan apa yangalia buat. Di sini kita tahu sejauh mana kita dapat solve kan problem yang kita kena buat keputusan sendiri. Bagaiman kita dapat membimbing pasukan kita supaya semua pergerakan berjln lancar, yes alia berjaya. Mengaturkan pendaftaran sebanyak 72 pasukan dan setiap pasukan 30 orang. Macam macam ragam orang boleh kita lihat selama 36 jam tu. Tetapi dengan adanya adik adik sukarelawan yang ada,kami dapat setelkan semua masalah yang ada.

Paling penting dalam program ini adalah penaja dan media. Kepada para penaja besar kami iaitu MILO,100Plus , IM4U,TM kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan. Tanpa tajaan anda maybe program ini tidak meriah. Tidak dilupakan pihak media yang banyak mempromosikan program ini di radio, tv serta surat khabar tidak kami lupakan. Tanpa media mungkin program tidak akan mendapat sambutan. Syukur tidak terhingga sangat.

                      Siaran Langsung di TV 1 sempena program MBOR

          Giant Banner di luar Gate UKM

                                      Sesi bermula 


                                                   Wall of Expressions

                          Digital board 



                     Artis jemputan Amir Raja Lawak

         Bell Ngasri sebagai artis jemputan

        Bell ngasri bersama kak umi, abg shawa n alia

                           Tulang belakang MBOR Bahagian Kemudahan

         Bersama Pengetua Kolej Keris Mas Dr. Ruslin

                               Followers from Kolej kolej UKM.  

Insyaallah di masa akan datang, kita akan ketemu lagi dengan event yang lebih besar. Semoga dengan program ini, kita dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita serta boleh bertukar tukar pendapat untuk berjaya dengan program yang akan datang.sekian coretan saya.

    
                                                    Nor Arliana Bakar